})();

Sunday, August 24, 2014

Ke KK ke Kita ?? #jaulahsabah2014 (part1)

Assalamualaikum & salam sejahtera

salam takziah dan al-Fatihah kepada keluarga mangsa MH17 yang telah selamat tiba jenazahnya di tanah air Malaysia. kembali nya buat kali terakhir menuju ke rumah yang terakhir untuk di diami hingga kiamat tiba. Moga roh mereka di tempatkan di kalangan yang beriman dan di rahmati Allah S.W.T. Aku yakin mereka yang di pilih Allah S.W.T di dalam MH17 adalah hamba-hambaNya yang sangat baik dan sangat di sayangiNya serta menjadi sebutan kebaikan pada yang mengenali. kepada keluarga mangsa bertabah dan bersabar lah. berusaha la sehingga ke akhirnya untuk berjumpa dengan mereka yang di sayangi di Syurga Kelak. InsyaAllah mereka juga menanti mu di pintu syurga. bertabah dan bersabar lah. jaga harta dan amanah yang Allah berikan dan satu-satunya peninggalan arwah untuk mu iaitu anak-anak hingga menjadi insan yang berbakti pada agama mudah-mudahan menjadi saham ke syurga dan membawa diri mu untuk berjumpa dengan dia yang kau kasihi disana. Semoga dunia masih adil pada penghuni nya untuk menuntut keadilan.
Al-FATIHAH.

******************************************************************************

Pada 13- 16 Ogos 2014, tiba lah hari di mana hari yang telah lama kami nanti-nanti kan. Percutian  ke Kota Kinabalu Sabah.
Jaulah kali ni hanya 6 orang sahaja yang gerak dari semenanjung. Aku, Ekin, Arif, Asyhraf, Abe dan Bote. Bayu turun dari Tawau.
kami seperti biasalah memang sangat suka spend time bersama. since dari zaman kolej lagi kami rapat giler. ibarat belangkas berkumpulan. kat mana ada dia kat situ ada kami. ha macam tu. sampai kalau makan dari sarapan ke supper lah nak makan setable sama. walaupun dorang (yg lelaki) selalu buat-buat tak kenal kitorang depan orang. memang suka buat perangai. ada kami kisah asal kita lepak sesama. dah laa satu class segala semua nak sama. nampak tak kitorang ni macam mane, dah la 3 tahun belaja memang dorang je geng kitorang sampai leni masih la nak kawan baik yang sama. setia sangattt. ahahaha
kalau dulu kami semua ke Langkawi kali ni Ke KK ke Kite??

Al-Kisah

kisahnya nak ke Kota Kinabalu ni start bila Arif Encik Hikmat sesaje berlegor kat website AirAsia pada hujung tahun lepas. memang kitorang penah plan nak ke Sabah sebab Bayu kan orang Sabah Negeri Bawah Bayu soo memang penah la berkeinginan nak kesana. tapi lokasi sebenar takde la kitorang decide. iye la Bayu duduk Tawau rumah family dan dia stay KK study kat UiTM KK. 
tengah Arif macam takde keje nak buat tu dia tengok tiket KL <--> KK murah giler kot RM70! Ekin call offer nak g ke tak bulan Ogos 2014. tanpa pikio panjang aku pun laju jela cakap " Nakkk!" kat Ekin. dalam masa yang agak singkat tu just 4 orang je yang setuju nak pergi dari reramai geng yang kitorang ajak. Aku, Ekin, Arif dan Asyhraf. selepas esok nya tu baru laa Abe dengan Bote cakap nak join. seingat aku flight dorang lain tapi harga tiket still sama. okayy! total dari sini 6 orang. 

bila kitorang dah beli tiket, bermula lah macam-macam dugaan datang sebelum hari kejadian.
first nama Bote salah masa beli tiket flight. makan bulan jugak la nak settle nak menunggu bote bagi photostat ic dia ke Ekin. akhirnya settled jugak. Ekin memang usaha habis la kan. 
pastu Bayu pulak kata  tak boleh join sebab ada appointment pada minggu kejadian. yelaa dia kat Tawau yang kitorang ni nak turun KK. selepas di adjust-adjust akhirnya dia try la untuk sempat dan dapat jugak turun ke KK dengan kitorang. tu pun dia decide dapat join lebih kurang seminggu sebelum hari kejadian. Alhamdulillah. kalau dia tak join memang tak lengkap la Jaulah kami ni. antara sebab kitorang nak ke sana pun nak jumpe dia. asik dia je turun sini nak jumpe kitorang. kali ni kitorang pulak nak turun sana jumpe dia. baru sweet.baru ada give and take dalam perhubungan. cewwahh. 
tetibe pulak Bote kata tak boleh nak join. ada hal lagi penting yang dia kene attend. tapi tak bagitau. kitorang apa lagi pujuk la dia sehabes mampu. yelaa. dah plan kot. dah la tak ramai yang dapat join tetibe tarik diri pulak. lagi pun dah beli tiket. sayang la walaupun RM70. lepas pujuk dan pujuk dan pujuk dia setuju jugak nak pergi. haiishh sajeje nak bagi kita semua panik tau. sajeje nak memanja kena pujuk bagai. hahaaha
Belum kisah aku yang belum tentu dapat cuti ni ha. mula-mula aku bajet memang dapat la pergi sebab by the time aku dah habes contract. so macam ngam-ngam la abesnye. tup-tup dapat offer keje lain kat tempat baru. soo once aku jadi budak baru memang susah la nak apply cuti. aku punya la tunggu HR nak bagi aku cuti bapee hari kat aku sekurang-kurangnya aku ada cuti yang di bagi tak de la amek unpaidleave. proses nak pujuk boss aku bagi cuti tu sangat la mencabar ye. yelaa budak baru yang tak sampai 3 bulan keje nak cuti dengan ko tak de benda nak tunjuk yang ko dah gain something pada boss ko untuk pujuk hati dia approve kan cuti ko. berair jugak la airmata asik kene marah kena halau dan last sekali orang lain yang pujuk kan boss untuk approve cuti aku dan aku kene work extra harder untuk tunjukkan pada boss aku yang aku sangat komited dengan kerja aku. hahaha. kisah la janji gua dapat cuti untk berlibur sama temen-temen. 
ngam-ngam a week before flight Abah Ekin admitted ward kene heart attacked. di jangka 5hari warded. ngam-ngam sehari sebelum flight di jangka Abah Ekin discharge. memang kitorang dah redha dengan apa saja kemungkinan. fyi kalau Ekin tak pergi aku tak pergi sebab kitorang berdua je yang perempuan. kalau aku pergi sorang memang tak jadi orang la aku. hahaha. tapi alhamdulillah segalanya seperti yang di rancang. Abah Ekin discharged seperti yang di jangka dan Mak dan Abah Ekin izin ekin pergi. 
sooo kitorang semua boleh la heboh-heboh packing and beli baggage bagai. girls is always girls mesti nak bawak bag besar supaya boleh isi satu lemari tapi baju still tak cukup ahahaha.



13 Ogos 2014

tibe la pada hari yang di nanti-nanti kan. 
antara yang sampai paling awal sampai sini adalah Bote. dia turun dari Perak. dia sampai sehari sebelum. Arif jemput dia. tido semalam rumah Arif senang esok gerak sekali je ke airport.
orang yang kedua sampai awal Abe. dia turun dari Kelantan naik flight so touched down je terus duduk dediam kat airport tunggu kitorang konon-konon janji datang awal tak nak bagi dia tunggu lama. janji melayu sangatt kan. hahaha.
Aku, Asyhraf amek kat rumah pastu terus ke Banting ke rumah Ekin. dari rumah Ekin, Abah and Abang Ekin yang hantar ke KLIA2. 
ke KLIA2 ni kira first time aku la ni. kira macam teruja beruk jugak la. hahaha
masa ontheway nak ke KLIA2 tu Ekin dah double check siap tanye dah bawak ic bagai. semua cakap ADA. BAWAK. 
sesampai nya kat sana, sirius memang beso la KLIA2 ni. tak sesak macam LCCT dulu. macam lebih tersusun dan ada banyak ruang la. tak dela sesak kat tempat nak drop penumpang tu.
kitorang pun masuk dan tunggu yang lain kat satu tempat. dah gather semua, memandangkan Asyhraf sorang je lagi tak makan kitorang decide nak g makan dulu before check in tapi nak pergi settle luggage dulu. kuasa nak bawak kehulu hilir. tengah aku dengan Ekin settle kan luggage kitorang, Asyhraf boleh pulak buat muka cuak sambil terselok-selok bag dia. dengan cuak nya dia kata wallet dia tertinggal kat dalam keta. di mana kereta tu berada di rumah Ekin di Banting!
terus call adik Arif datang amek Asyhraf dengan Arif hantar g Banting amek wallet. time tu dah pukul 11 macam tu. kitorang punye flight pukul 12.45. memang tawakal abes la orang kata. sementara nak menunggu dorang balik amek wallet tu. yang tinggal Aku, Ekin, Abe n Bote duduk  lepak makan dekat Paparich dulu.
ni lah bukti kitorang sangat bersenang lenang menunggu di Paparich

biasa memang check in awal tapi memandangkan ada yang belum sampai duduk la dulu.
memang niat pun nak duduk sesaje. tak terpikio la nak double check tiket ke apa kan. siap bergambo la bagai. cakucak dengan anak table sebelah.  tengah deduduk tu terdengar announcement untuk flight kitorang. ok tak de pape la tu tukar gate je. pastu announce lagi macam last calling. kitorang pun. pe lagi kelam kabut la. tapi expect macam boleh sempat la nak sampai pun. pikio gate dia dekat je macam LCCT dulu. sambil tangan dok tottettotett nekan nombor Asyhraf tanya kat mana. masa kitorang berkejo nak ke check in tu kitorang pujuk la pak polisi yang jaga gate kat depan tu. mintak dia tolong pegang kan boarding pass Asyhraf and Arif. dorang tgh ontheway ke sini. biar kitorang check in dulu incase pape takdela rugi semua. dah pujuk punye pujuk pak polisi tu dia setuju nak pegangkan.Abe dah check in dulu, dah lepas *pada hal boarding pas dia salah. dah terlepas turn Bote pulak baru la polis tu perasan boarding pass tu yg balik punye.Ekin bawak Bote g kaunter mintak tolong staff situ. tak boleh pulak. xtau la tak boleh ke taknak tolong ke mcm mane. sementara aku dengan Abe dah berlari dulu nak mengejar kan flight. ya Allah jauh giler kot gate kitorang. bayangkan kene berlari ke gate K22. aku pulak boleh pulak salah gate pergi gate J. memang superduper jauh nye menyusahkan orang betul la KLIA2 ni kata dalam hati. dengan beberapa kali announce untuk flight kitorang. bayangkan aku kene berlari lebih 10 minit dari J nak ke K. Aku dengan Abe dah macam masuk pertandingan lari berganti-ganti dah. "Abe bagi bag n tripod ni kat aku, ko lari dulu cakap kat FA tunggu dulu" kata aku pada Abe. aku yang dah lama pencen dari dunia larian pecut memang berapa saat jela bertahan *padahal tak pernah masuk pun pertandingan lumba lari apatah lagi merentas desa. tapi dia punya perasaan macam kena buat pilihan HIDUP ATAU MATI. kalau aku give up dan berhenti memang sayonara la percutian ni. and bag aku tu macam mane pulak yang dah check in dulu takkan nak lost and found pulak. memang kena lari la. sampai pulak ke departure hall K tu sunyi sangat, mmg susah la nak terserempak dengan orang. memang boleh denga la deruan tapak kaki yang sedang berlari mencari garisan penamat. peristiwa kitorang yang sorang-sorang 'bertegursapa' dengan bangla tu memang takkan lupa laa. boleh pulak dia ajak bergaduh tengah orang mencunggap-cunggap. 
akhirnya aku jumpe Abe kat gate K22 yang di cari-cari tapi aku pelik kenapa Abe tak masuk dia patah balik keluar. Aku bajet dia nak tunggu nak masuk sekali dengan aku. hahaha ngupenya dia tak boleh masuk boarding pass dia salah check in balik punye. Allahuakbar. tinggal nak masuk pintu kapal terbang je kot. Abe dah terduduk. tak lama tu Ekin pulak sampai dengan termengah-mengahnya. pastu muka terkejut dan satu perkataan je keluar "Abeeeee...." aku pandang Ekin dan Ekin pandang aku sambil crew tu jerit flight kitorang. apa kitorang mampu cakap kat Abe "ko pergi carik Bote dulu nanti kitorang carikkan tiket baru untuk kau. jangan risau" then aku dengan Ekin pun masuk. duduk je kitorang dah mengah giler. jantung rasa macam nak pecah sebab kene paksa exercise. hahaha
pastu tak abes lagi.ada dua orang lagi yang belum sampai. call Asyhraf pulak tanya dia kata mana. tengah berlari-lari tanye gate berapa. kitorang dah risau sebelum tu kitorang tanye dia masih on the road lagi nak ke KLIA2. aku pun pergi jumpe ketua FA mintak tolong tunggu jap ada dua orang lagi tengah berlari nak kesini. dia kata takpe ada masa dalam 10minit lagi. fuhhh nasib jumpe orang yang menyenangkan hati cenggitu.tak sampai bape minit pastu Asyhraf n Arif muncul. Ya Allah lega nye rasa macam baru jumpe anak yang hilang. hahaha.
sementara menunggu kapal terbang nak jalan tu kitorang curi masa yang ada untuk tgk tiket flight yang murah. tapi takde la murah giler macam harga tiket kitorang. time gitu memang dah get ready la jantung untuk tengok harga tiket yang memang rate orang tak kesah bayar berapa kan. and the best part is kitorang sepakat untuk share beli tiket untuk dua yang tertinggal sebab kesalahan bersama. itulah manis nya ukhwah kitorang ni. sacrifice untuk sahabat demi kemaslahatan bersama. 
kali ni Asyhraf banyak menyumbang dari segi duit, memandangkan dia seorang usahawan berjaya Photographer ---> nak kawen g kedia. harga tak jadi masalah kualiti terbaik. seorang yang sangat komited dengan kerja dia.klik sini pasti teruja dengan kerja dia insaniahphotography 
pastinya kitorang tak sempat nak beli kan dorang tiket before flight tapi kitorang sempat call Abe and make sure dia dah jumpe Bote. kitorang janji kitorang akan carikkan tiket untuk dorang.
dalam pada masa yang sama, sahabat lagi sorang pun miss flight jugak kat Tawau. dia pun beli tiket onthespot jugak.kaya-kaya kawan-kawan aku nih. haahaha
along the way nak ke KK tu memang kitorang asik bercerita pengalaman kelam kabut tu jela. pasal bangla tu jugak.

lepas je touched down kitorang buat meeting tepi toilet kat airport KK. carik tiket untuk dua orang yang tertinggal di KL lg tuh.akhirnya Abe dgn Bote pergi KLIA naik MAS flight pukul 10 lebih malam tu. harga tiket RM300.lebih tak tau berapa. hahaha.
Bayu pun beli tiket next flight. dia sampai dulu dari sahabat yang salah check in tu. 
okay chop! sebelum terlupa cerita. Arif dgn Bote masa harini plan nak puasa sesama sebab nak merasa sahur lambat buka cepat. tapi sayangnya Arif sorang je merasa. Bote masih di KL. takpela. next trip la ye. berbuka le kome dekat KLIA serperti waktu biasa ye.
Bote and Abe yang kene tunggu next flight malam tu kat KLIA
kitorang sampai je kat KK airport dalm pukul 2 lebih cenggitu lepas settle masalah, kitorang naik teksi dari airport ke bandar KK satu teksi max 4 orang. ngam-ngam la. tambang RM30 okay la tu. semua masuk bajet.

teksi tu berenti kan kitorang bebetul depan Iskandar Sinsuran Guesthouse. alhamdulillah. dapat la tengok bandar KK yang agak sibuk jalan nye tapi masih kelihatan tenang. fyi kitorang punya guesthouse bebetul depan pasar sinsuran. dekat pasar sinsuran ni memacam ada segala apa ko nak kat satu tempat jela senang cerita. total harga bilik kitorang kat sinsuran guesthouse ni 2 bilik (standard dgn family) cuma RM308 sahaja untuk 2 hari 2 malam. bilik tiptop la aircond heater semua ada. cuma tv je tak dapat tv3. tak dapat tengok rindu awak 200%. hahaha. bawah je bilik kitorang tu ada kedai yang sangat memudahkan incase nak beli pape ke ada tertinggal nak bawak ke. kedai sampai malam. thumbs up la kat Ekin dapat carik tempat penginapan yang sangat tiptop dan bajet gitu. kalau google pun memang Sinsuran Guesthouse ni recommended la gitu haa. kalau ada yang nak high class sikit adooo. sebelah guesthouse kitorang ada hotel Le Meridian. jauh sikit ada Hyat hotel (kawasan tak busy sangat).

untuk hari pertama yang tak berapa lengkap ahli nya tu. kitorang just jejalan kat pasar depan tu je. perut pun lapooo. mencarik sesuatu la untuk di kunyah. sementara tunggu yang lelaki nye bersiap aku dengan Ekin pusing-pusing dulu. sepanjang laluan luar kedai tu ada banyak tukang jahit lelaki. aku tak berapa paham sangat fungsi mereka kat luar tu dengan mesin jahit. tapi apa yang buat aku tabik kat deme nih, lelaki menjahit kot. memang "opppss abang seluar koyak tolong jahit kannn pleaseeee" hahahaha. 

then aku, Ekin Arif n Asyhraf decide untuk makan since Arif pun nak berbuka. kalau kat sini tak payah risau la bab makan senang nak carik dan most of them orang islam yang berniaga. pasar makan dia best. tapi kena pandai pilih la kedai makan. kalau dulu aku ke Sarawak susah sikit nak carik kedai makan  sebab sana tak banyak pilihan. sini makanan nya pun boleh di terima tekak lebih kurang kat semenanjung.
serius sampai pasar mesti jadi rambang mata dan tamak halobee. hahaha. makanan sama je macam kita nama saja lain dan size lebih besar.

untuk malam tu kitorang tak plan nak makan seafood lagi walaupun seafood dah memanggil-manggil untuk di jamah. sebab tak cukup ahli mungkin esok baru boleh makan meriah seafood.
malam tu aku order nasi goreng seafood dengan limua ais total RM7.50. okay la. tapi one thing yang baru aku tau kat sini makanan standard price tapi minuman agak mahal contoh air limau ais aku tu dalam RM2.50 ke RM2.00 segelas. tapi rasa nya not bad, cukup rasa masam manis nye.

kat sana tak panggil kepak panggil Sayap Ayam

murtabak special. murtabak yang di goreng isi dalam sayur.
maafkan lah si kaki ayam sebelah murtabak tu dia takde tempat nak menumpang

one of gerai yang jual makanan seafood siap masak
harga ikut size ada setengah kedai ikut kilo
kata ke dia nak masak apa nanti dia masakan
jalan-jalan tanya dulu pastu baru decide nak beli ke tidook

lobster yang buat kitorang tertarik.
aku tak ingat la harga dia. maaf la.
lau mahal sikit pun makan satu family okay la kan.
katanya sampai ke misai-misai dia ada isi.

kuih yang macam kat semenanjung tapi nama dan size nya lain
rasa dia pun mesti lain sikit kan.


seafood pertama aku tengok bila sampai sabah
sooo batak la kaan
bapak besar sotong 

udang besar kot.
memang ungka abes la tengok
bolat mata nengok size nya



lepas makan-makan cuci mata. Bayu pun sampai dari Tawau. dia tunggu kitorang depan guesthouse then turun balik teman dia makan. kali ni orang Sabah ni bawak kami teman dia makan dekat Centerpoint. sajeje bawak jalan-jalan. jalan susur tepi laut tu dari hujung ke hujung. sampai kat pasar sebelah pasar besar KK tu. kitorang duduk lepak kat tempat macam boleh lepak dan Asyhraf belanja makan sotong bakar. sesi berborak jenis tak hengat. cerita segala masalah rahsia selama berjauhan.
borak-borak lepas rindu dengan orang jauh.

kitorang masuk bilik rehat selepas penat berlari mengejar flight dan berfikir solusi yang tertinggal.
yang lelaki haruslah menunggu sahabat lagi dua orang tu yang flight nya pukul 10 lebih tu.
tugas kitorang remind check in awal saja yang menunggu dan menanti biar la deme sebilik. 

menunggu hari esok punya aktiviti pulakkk


14 Ogos 2014

hari kedua kami di KK, planning nak pergi island hoping. perkara wajib kalau datang Sabah. apa yang menjadi sebutan di Sabah ni kalau bukan pulau-pulau yang cantik tertarik menarik dan menjatuhcintakan.

untuk pagi tu sebelum tunggu orang yang arrange kan kitorang punya bot ke sana tu sampai kitorang breakfast dulu kat kedai makan kat bawah. untuk pertama kali berkumpul cukup ahli yang di janjikan. semua dah ada yeayy!. having breakfast dulu nanti nak ke pulau lapoo tak de sapa nak layan.

pagi ni Bayu suggest makan Nasi Kuning ada lauk ayam dan ikan. 
lebih kurang je dengan nasi lemak. tapi kata Bayu kalau dekat Tawau rasanya lebih asli dan lain. makan pagi tu cost dalam rm5 sorang. kalau yang dah terbiasa sarapan pagi makan nasi lemak tu ada je. kalau nak makan roti canai pon ado yo mamak kat deret kedai tu. orang kata rugi la kalau datang tempat orang tak rasa makanan dorang kan.
sarapan pagi kami
tak sempat nak amek gambo rupe nasi kuning
lepas makan kitorang get ready nak gerak ke Pulau Manukan and Pulau Sapi. kitorang di nasihatkan supaya beli makanan dan minuman sesiap sebelum gerak. kalau beli dekat pulau mahal. harga dalam flight di baginya kat kita. soo sesiap borong la ye asal jangan senget bot sudah lah abes di borong satu kedai.

kitorang just nak pergi dua pulau je. takut tak larat. pergi pulau dan siap sewa alatan snorkeling untuk 7 orang total RM280. Bahagi sendiri la sorang berapa ye. okay la tu 2jam+3jam. puas gilos. tapi kitorang snorkeling dekat pantai so tak berapa clear sangat la airnya member cakap kalau nak bebetul snorkeling turun tengah-tengah pulau. betul-betul puas la. tapi kitorang ni pun newbie lagi bab snorkeling ni so manja-manja je tepi pantai tu. tu pun dah terkapai-kapai takut lemas la padahal dah pakai life jacket *aku le tuh. nasib ada Ekin sanggup jaga aku hahaha.
pada aku takde gambo dalam air. lambat naww abang photographer nak bagi gambo.so gambo kat darat jela ye.

dah penat giler bila dekat Pulau Sapi. kat sana kitorang sampai dah ramai orang. macam kat Palau manukan tak ramai orang lagi so seronok la kalau nak buat hal.
lagi pun kat sapi memang sesuai untuk snorkeling air dalam sikit tapi ikan tak banyak. kitorang pun dah penat sekejap je la berendam. pergi ke tengah pandai, nak balik mintak Bote tarik kan sampai ke tepi. hahahaha. punya tak larat aku mintak tolong deme angkat segala barang aku. sweet tak deme. pilih la yang mana satu. kat sapi facility memang ok. ada toilet dan tempat bilas saje pakai paip luar. okay la tak sesak dalam toilet reramai.
selfie dulu atas bot
asik muka abe je selfie.
excited bersunblock bagai

warm up
amek angin laut pepagi

tempat yang sangat tenang untuk merehatkan minda
pulau manukan
cuma dua bunga je yang sangat gagah masih bertahan
tapi sekarang deme kata kami bunga yang menjadi lalang
acane tu??

sempat photobomb kat belakang
jangan confius ye. gamba kali ni memang akan banyak gamba Abe sebab memang dia guna handpone aku untuk selfie dia


memang aku takde
sebab aku insan terpilih untuk amek gambar deme ni

segan senornya nak amek gambo beriya macam deme
sebab tempat kami duduk ni kawasan orang lalu lalang turun naik bot


okay sebelum tu aku nak share something sebelum pergi ke pulau atau pantai. confirm korang akan mandi sinaran matahari kan. jangan lupa sebelum gerak basuh muka, pakai toner, pelembab dulu then apply sunblock terbaik yang korang boleh carik. aku sebelum pergi ni ada la google sikit pasal sunblock. banyak blogger yang suggest sunblock ni. memandangkan ofis aku sebelah Watson  and incase takde sebelah kiri ofis aku pulak ada Guardian. opkos aku pergi yang dekat dulu kan. carik kan Watson and ada aku terus grab masuk ofis balik.
aku beli dalam harga RM30 berapa sen ntah. boleh pakai 7 orang siap berbelen lagi tapi hilang ntah kemana. dia tak melekit macam losyen. liquid. pakai terus serap kat kulit. selesa tak la melekit.

alhamdulillah berkesan la pada aku
balik muka takde berkuda belang 

dan antara yang best jugak, kitorang tak yah naik bot kat jetty Jesselton. orang yang arrange bot tu amek bebetul depan tempat tinggal kitorang tu. so jimat banyak dari segi cost dan tenaga. hahaha 
balik pun turun tempat yang sama. aku takde contact number abang yang arrange island hoping kami tu. cube follow blog ni mungkin Ekin akan share sebab dia yang arrange segala bagai ekinsblog.blogspot.com . memang tiptop la servis kitorang nak balik awal dari sepatut nye pun dia layan. 

lepas aktiviti island hoping, kitorang balik bilik bersih badan dulu. takde nya ko datang jejauh nak berehat. hahahaha. lepas siap wangi-wangi kitorang plan nak g beraya plak dekat Kuala Menggatal. memandangkan masih mood raya lagi. boleh la berjalan raya tapi takde la dapat duit raya. 
kitorang pergi rumah coursemate Abe dulu, Fariza makan mee  kuah *main bedal je bagi nama. haha
memang kebetulan kitorang lapar, habes licin la hidangan orang tu. hahaha. ada buah-buahan and kek di hidankan. pada orang semenanjung jangan sesekali cakap dengan orang tempatan sana "eh kat sini pun ada rambutan dengan manggis ek" memang kau mintak chachian la nampak nya. hahaha 

lepas dorang sental semua makanan dekat rumah Fariza sampai abes dan first time tengok Abe jadi sopan sangat dan memalu gitu. kitorang terus gerak g rumah kawan Ekin pulak. which is kawan Fariza jugak. kitorang kekonon gagah la nak jalan kaki. padahal jauh giler. lepas tu buat-buat macam ada meeting depan rumah member terus bapak Fariza hantar kan ke bas stand. hahahaha.

dari bandar KK nak ke Kuala Menggatal naik bas
nak ke sekitar situ naik van cenggini.
naik turun ketuk je cermin van tu
tambang RM1 jo
dari rumah Fariza nak keluar ke bas stand
bapak dia hantar kan
so deme ni kene la duduk belakang ye
tu gondok semacam
 sampai rumah Nana coursemate Ekin , kitorang di hidangkan dengan hidangan yang best. selain dari lauk raya. kitorang di hidangkan dengan Ambuyat dan di kenalkan dengan jeruk bambangan.
rasa hilang penat berjalan kaki dan lompat-lompat van tadi bile di layan sefirst class gitu.
Ambuyat selama ni aku ingat makan dengan ulat ke apa rupe nye sedap je makan dengan kuah sardin pedas-pedas. jeruk bambangan pulak ku ingat manis gitu rupa nya masin nauzubillah. hahahaa
tapi apa pun thank you Nana! susah layan kami yang datang beraya nih.
muka beriya nak beraya rumah orang
yang selebihnya ni banyak nye lebih nak carik jodoh

hidangan beriya yang mak Nana  dan Nana hidangkan untuk kami
thank you soo much
ni ada lagi meja yang penuh makanan tak dan nak mauk dalam gambar

ni ambuyat yang mak Nana buat kan untuk kami
sedap kot
gua sedar guadah jatuh cinta sama sabah bila makan ambuyat ni

bergambar kenangan dengan keluarga Nana 
beriya kan berhari raya di sabah. semua nak buat sekali turun san. memang tak dan la nak berehat.
tapi seronok sangat tau. jalan-jalan sambil mengeratkan silaturahim sesama sedara islam kita.

lepas memberi peluang kepada jejaka-jejaka ni cuci mata, kami balik bilik rehat sekejap solat dan segala nya la. time meluruskan badan jugak la.
malam kang kami berjanji nak keluar beli barang sikit and having seafood together laaa. janji dah kan nak makan reramai. 
aku dengan Ekin macam biasa siap cepat. kitorang turun dulu. yang lain bukan main la siap terlelap bagai. pastu Asyhraf pulak turun. dalam kalangan lelaki ni Asyhraf memang displin bab masa. dia je yang turun dulu, aku dengan Ekin dah standby kat paso nak pilih menu apa. bhahaha. bab makan memang paling laju la. kitorang beli dan makan dulu. actually kalau rajin jenjalan la dulu tanya-tanya harga mana murah. kadang-kadang beza harga ketara sangat. yang murah dan sedap tu cuma tak boleh makan situ  sebab tak de kerusi meja je. malam tu kitorang nafsu nak makan seafood kurang sikit sebab badan dah letih dan perut pun kenyang lagi akibat melantak melampau kat rumah Fariza and Nana. hahaha. bab harga makan seafood ni jangan risau la takde la mahal sangat just kalau korang teringin nak makan lobster kaler-kaler tu yela mahal sikit kalau setakat udang ikan sotong rm10 sekor korang boleh dapat untuk ikan la. sotong udang biasa ikut cucuk. nanti adalah cicah dia kasi sekali order la nasi putih. kalau nak rare makan la dengan putu dorang.tu memang makanan dorang. bak kata Bayu putu tu ganti nasi. putu tu sejenis ubi yang di hancurkan. kat sini banyak jual umai. umai tu macam kerabu la kat sini. cuma dia ganti seafood. jangan tanya aku la.aku memang tak makan. hahahaha



lepas makan kitorang g shopping skit memandangkan esok kitorang dah nak tinggalkan bandar KK ni.
seperti kebiasaan. kitorang akan carik specialty kat Sabah la makanan seafood kering dia. kitorang beli udang kering yang wangi-wangi gitu, aku beli ikan bilis halus yang mahal amat kat semenanjung ni kat sana murah giler kot. beli sotong kering yang aku tak tahu pun macam mana nak masak nya. ada yang beli belacan. dan harus untuk beli kuih cincin. aku beli barang kat situ dalm Rm50 jugak la abes. tapi dapat banyak jugak. mana tak nye tawar menawar macam orang giler memalam. seram abang Hamid malam tu dapat customer macam kami. hahahaha. tapi abang Hamid tu memang terbaik. layan kami dengan tabah dan bagi harga terbaik. boleh la singgah dekat kedai dia kalau korang datang pasar sinsuran sana.
sempoi bang Hamid
kitorang pun nak start shopping wrong timing. kedai dah banyak nak tutup
Gaya Street pun tak sempatkami jengah. hahaha. tak pe la rezeki penaiaga yang dekat situ malam tu. kami pun bukan beriya nak shopping. memang sesaje jenjalan koboi nak cuci mata je. beli yang wajib je buat tanda. hahaha. esok pun ada tempat lagi nak pergi. tak nak la rugi awal-awal.
aktiviti kami malam tu abes dengan shopping selepas berpenat lelah malam tu. tapi kalau datang sini memang nak beli mutiara memang berbaloi la. macam boleh tengok dengan harga yang agak berbaloi. cantik. boleh beli yang raw punya buat loket rantai ke batu cincin ke kan.

okay balik bilik tido. rehat. tido macam tak ingat dunia sebab esok nak gerak ke kundasang pulak.

bab kundasang aku cerita next entry okay. gua amek masa duaplohpat jam nak produce entry yang sehebat mana ni untuk korang. esok keje weyhh !




No comments:

Post a Comment

})();