})();

Friday, December 27, 2013

Apa Yang Seronok Dekat Sarawak

lamanya tak singgah sini berkongsi cerita, jejari demok ni pun malas nak menaip dah sekarang.
okay sikit la nak share pasal family vacation kitorang ke Sarawak awal bulan ni aritu.
since sekarang ni aku tengok Airasia melampau-lampau dia punye offer nak bawak orang biasa-biasa seperti aku ni terbang bersama. why not korang grab this chance to travelling ke tempat orang kan. yang ni tak yah heboh-heboh beratur kat imegresen nak buat buku merah. segala macam budaya ko boleh perati sampai ko sendiri tak sanggup la nak perati lelama. 

aku dan 4 orang lagi family members aku fly to Sarawak sebab yang pertama opkoz nak jenjalan la kan and other reason sebab kat sana ada anak buah aku yang somel lagi bijak dan keletah. ko hado anak buah bole sound ko " thats not funny acu!!" sambil jari telunjuk tepat ke muka kau..hahaha.. punca kau memperkotakkatikkan dia.. serve ur right acu.. huahua 

tips yang pertama aku nak share pasal tiket flight. yeahh. tiket flight memang mahal kalau minggu depan ko nak g arini baru ko nak carik. so plan bebetul bile nak pegi bile nak balik. so that korang dah bole bajet berapa kos tambang pegi balik. senang beli tiket sesiap xde la balik nanti baru nak beli tiket takut-takut muka ko keluar kt sotkabo metro plak merayu mintak bantuan balik semenanjung. ye r duit dah habis shopping tiket balik tak beli lagi jamtu ko nak balik jamtu ko baru nak beli tiket memang dia bg harga tiket nk g vietnam la mahal nye.
lagi satu nak murah lagi, ko tak yah la nak pilih-pilih seat sangat sebab flight tu tak lama mane pun dalam sejam lebih. hotseat ke warmseat ke sama je pada aku sebab aku penah duduk dua-dua seat tu takde beza. lau sesiapa yang nak hidup terjamin sikit amek la insurance RM 18 tu kot-kot barang hilang ke jadi pape ke along the way nak ke destinasi tu kan. ni tips untuk orang yg risau sangat naik kapalterbang mahal sangat and yg first experience.

satu benda la yg aku cukup tak gemar pasal airasia nih.. terlalu banyak charges yg dia bagi kat passenger dia. contoh situasi, nak balik kitorang nak check in barang as usual lah shopping sakan then kitorang dah ambik luggage fee berkilo-kilo then nk check masuk departure hall, dah la terlambat kena tahan pulak sebab hand carry terlebih. but its okay we know its our fault we can pay for more charges but boleh kan cakap leklok tak perlulah bertindak tidak sopan.haihh
lagi satu ni pun bab extra charge jugak, mintak tolong printkan je pun boarding pass tu sebab tak jumpe kedai nak print tu pun kena charge. hailahai. 
but its okay.. semua pun dah settle. mintak la pihak tersebut kurang2kan la extra charges ni nanti customer meluat pilih yg lain. 



sempat ioull pose sementara tunggu flight yg berjam lamanya. thankyou hantar kitorang cik kamal and hanafi

then after a few hours, kitorang sampai di bumi kenyalang negeri abang bujang senang.
kira kitorang ni bertuah la sebab dari segi budget tempat tinggal dan transportation dah jimat sedara punya pasal. so next time lau nak jenjalan tempat orang cuba risik tanye kabo sedara yg duduk area sana mana tau dapat cut cost sambil-sambil mengeratkan silaturahim. yedakk.

sampai sana, kak yong (kak sepupu aku yang menetap kat sana yang kitorang tumpang uma dia nih) dah plan everything earlier for our activities. seghonok tau. ada tour guide. thankyou for your kindness kak yong comel.
okay. first destination kitorang Pasar Sarikei. pasar ni hanya buka pada hari sabtu dan ahad sahaja. ahad bukak halfday je. pasar ni dekat sempadan sarawak dengan indonesia.siapa yang penah tgk Madmarket season 1 dgn keknis, mesti tau tempat ni. panjang dia tak yah cakap la. siapa yang rasa dia nak shopping murah tapi tak sanggup berpanas, ini bukan lah tempatnya. 
apa yang membuatkan aku excited sangat bile sampai sini, barang-barang yang dorang jual sangatlah murah. dari kain-kemain sampai la periuk belanga semua ada. nak ubat bunuh lipas pun ada. juling mata aku nak memilih dengan sponsorship dari mak. haha. telekung kat sini korang boleh dapat serendah RM30 yg ada taste punye tau. macam-macam corak dengan kaler ada. kain ela yg labuci sulam bagai sutera la satin high quality korang boleh dapat RM50 je. pilih je kalau banyak dapat kurang harga lagi. 
kat sarawak keistimewaan dia tikar sarawak, kalau korang beli kat sini korang bole dapat dalam seratus lebih kalau korang kata nanti-nantilah beli kot ada murah ke kat tempat lain. memang tak dapat. sebab kat tempat lain tu amek dekat sini. 
ha kau macam telekung diraja tau. 

kat sini banyak barang-barang dia ke arah kejawaan sikit sebab orang indonesia yang berniaga kat sini



beli dan pilh je arini nak pakai kaler apa esok nak kaler apa. ahaks
silap hari bulan telekung boleh pakai bawak pegi dinner company kauu


masa ni pagi jugak kitorang sampai so tak ramai lagi. pagi pun panas menusuk tau. 


okay ni produk indonesia yang produce so nampak macam emmm



berbulu orang belakang tengah -tengah jalan korang amek gambar.

ha ni mak aku beli. dari harga asal bpe hinggit tah mintak kurang dapat RM30 paling besar. ready to picnic!

rugi la siapa yang tak membuat keputusan dengan bijak untuk berbelanja berhabis habisan dekat sini. luar dari sini harga berganda-ganda. menyesal pun tak guna sebab Sarikei nih jauh bebeno nak pegi balik.

ontheway nak balik dari sarikei, abg eddy (hasben kak yong) singgah jap kat gua eh tak gunung mcm tak jugak. aku tak tau nak classify kan ciptaan Allah ni sebagai apa.. definitely subhanaAllah cantik giloss. then kitorang masuk dengan kagum nye.. tempat tu mcm berjaga siap ada alunan muzik lagi kauu. sekali masuk orang cina letak tuhan dia kat situ. tapi memang cantik dia mcm gua2 gitu tapi tak dalam pun boleh teroka.


inilah dari luar tempat yang aku maksudkan tu. santek hokey. 


sempat la amek gambar walaupun terkezut ada rahsia dalam tu. *ambaikan muka2 yang keletihan and tak puas shopping nih*


kemudian kitorang di bawak ke tempat yang menjadi kemestian untuk di lawati. Sarawak Cultural Village.


nak sampai sini korang bole 3 siri tido bangun dan gaduh dengan orang yg dalam keta. berdengung babe nak sampai. nasib ada anak buah yang sentiasa tak kasi acu n maklong dia tido.. kena layan sampai lebam.haha. nasib comel dan bijak. 
tempat ni kat gunung santubong. means tempat ni berlatar belakangkan gunung santubong yg famous dengan kisah2 sejarahnya.
kalau keluar je dari sarawak cultural village ni, depan korang dah ada pantai yg sangat ramai orangnya.

harga tiket nak masuk sini ada macam-macam rate.
local fee dia RM15
visitor fee dia RM60
student with kadsiswa fee dia RM25
kanak-kanak tak hingat,
so boleh di kategorikan mahal la harga sebegitu rupa. dengan RM60 tu korang akan dapat buku passport means every house yang korang visit kene stamp cop kt buku tu. dengan niat? sesaje buat kenang. bwk balik buat frame kata kat orang kampung aku penah masuk ala-ala muzium dengan rege RM60. ko mampo? hahaha. kalau yang bayar dapat potongan harga tu, dapat tiket jew.
dengan bayaran dinner 3-4orang di kedai tomyam tu korang harus gigih dan kuat untuk masuk rumah-rumah yang dorang pamerkan kat situ. so korang boleh tgk budaya dan kehidupan dorang kat sana i means rumah dorang bilik dorang. ha giteww. ada rumah cina, rumah melayu, rumah penan, rumah iban, rumah orang ulu, rumah tak ingat dah.dalam setiap rumah tu ada orang dia yang jaga and ada orang jual craft, kuih-muih tradisi, try custom dorang n bergambar and ada jugak persembahan permainan alat muzik handmade dorang. kalau jalan-jalan lapar boleh beli kuih yang dorang jual dalam rumah tu, kalau rasa nak shishi sebab minum air banyak sangat di bawah perit mentari don worry setiap rumah ada toilet yang siap jubin mozek kalah rumah kau..haha .. g la sana rasai most pleasant and unforgettable experience katanya. haha.  
lepas penat jenjalan dan kepanasan wajib masuk theater dorang tgk show tarian setiap budaya yang di pamerkan. korang kene datang kalau plan nak pegi pagi kena la awal sikit sebab show ni dua kali sehari je. pukul 11pagi and 4petang. kalau wrong timing memang melangut la tunggu show tu. 
 ini buktinye aku tak tipu bab harge. 

kat sinilah terletaknye foodcourt and dewan show tu. 
peringatan kalau korang jenis kuat lapar standby la roti ke biskut ke dalam handbeg


tak tahu apa motif gambar nih


sini ada gak kedai. semua ni dia jual. harga tak yah tanye kalau kau jenis lemah semangat.


ni lah alat muzik yg dorang main kat rumah tu. yang aku cakap tadi.

kawasan jalan kaki yang selesa. takde la kaki ko kene lecak ke apa. ni tak panas, kalau panas tempat lain yang 'lecak'. haha

rumah cina. typical chinese house. sampai skrg dorang mengekalkan ciri-ciri seperti ni.

korang boleh try. sambil fefeeling nyonya kumpul hasil timah. 

rumah melayu.

dorang buat kuih cara traditional dan jual dengan harga zaman sekarang.

masuk rumah ni buat macam rumah sendiri. layan diri. 
rumah melanau (kalau tak salah)

bestfriend deme nih

 dalam rumah tinggi melanau. macam try to imagine the real house yang dorang duduk

serius tangga ini sangat menakutkan. ketaq pale lutu ceq.

damai jek

rumah orang ulu

shopping manik-manik jap. agak murah la kot. gua tak minat manik-manik nih.


abang hencem tapi seksi angat tengah main apa tah.

rumah paling zuhud sekali.

santek kan tempat nih :)

 choose your way

rumah iban. paling extreme ada api dalam rumah.

penjaga rumah ni buat aku rasa takut.. 

ecewah. kakak and adek pun nak selit jugek.

kalau ada yang teringin nak try custom dorang. silakan. size dia sume macam free size.

ni bilik pamer muzik. nak masuk kena byar RM1. 
kitorang masuk bukan sebab nak tengok sebab ada aircond jek.


ini bilik kami yang punya. 

show time!!

seterusnya kak yong bawak kitorang pegi shopping kat Waterfront.
kat sini korang akan dapat rasa la perbezaan harga dekat bandar Kuching dengan Sarikei. jauh berbatu-batu beza nya. barang yang sama sebijik sejibon plak tu. kain ela yang aku beli tu dia jual dengan harga RM60-RM70. keychain semua mahal. susah nak tawar menawar pun yer jugak. kat sini kitorang memang dah aim nak beli t-shirt sebab kat sana tak de, kalau ada pun design tak santek. t-shirt macam biasa la tengok kualiti kain. so kitorang beli mahal sikit la for better quality and design. range harga dalam RM25-RM45. ada je yang murah-murah don worry. 
kain batik kat sini pun agak kurang pilihan tapi kalau pandai carik memang cantik la design dia. corak yang sarawak sangat. sana ada beg banyak pilihan cantik. tapi kitorang dapat beg mengkuang yang besar dan cantik dengan harga RM10 je. jenis suka longgok barang bebanyak dalam beg boleh la beli. kalau tengok kat Melaka mahal beg macam tu.
ke-khusyuk-kan tawar menawar. kain batik lover. moms taste.haha

sebelum tu kitorang pegi kedai pasu. kat area uma kak yong tu. harga dia memang boleh buat orang meroyan. murah giler. macam design. lampu bilik lampu gantung-gantung kat syiling, lampu kat taman, teko, mug segala macam ukiran, pasu tak yah citer la macam-macam hado. sampai mak and mak ngah hangkut water dispenser bawak balik semenanjung. full set serba serbi ada dengan ukiran rumah panjang harga tak sampai RM100. memang pengsan nak menghankut bawak balik. haha
ni kitorang pegi tengok tempat dia buat pasu. selama ni aku ingat dorang ukir sesatu. rupa nya dorang pakai acuan yang dah siap ukir and bentuk. but still rumit nak buat benda ni.

last sekali sebelum balik kitorang pegi beli signature sarawak. bukan bujang senang ye. kek lapis sarawak dengan ika terubuk masin. tempat yang kitorang pegi ni seberang waterfront je kt Kuching ni ha. dokek yo tapi di sebabkan tak de sape berani nak naik bot ke seberang. abang Eddy bawak kereta je ke sana. agak jauh and ber'toll' la nak kesana.pertama kali jumpe toll kat sana. compare toll seringgit lebih ke dua ringgit lebih dengan naik bot baru 50sen. so buat la keputusan yang bijak.kat sungai tu ada macam-macam perkhidmatan bot ada, bayar RM5 seorang pusing sepanjang sungai. kalau rasa macam nak feel lebih dan selamat naik la cruise Rm60 seorang siap light refreshment.

kak yong and abg eddy syorkan kat kitorang kedai nih. sedap dan murah katanya. 
kek lapis RM10, kek lapis cadbury RM20
paling famous kek lapis masam manis.

 ha.. kat sini mak borong ikan masin terubuk. 
boleh tawar menawr yang best tuh.
10 ekor RM60
betol-betol sebelah kedai kek lapis tadi tuh.

okay habis dah bab jenjalan dan shopping kat Sarawak most specified bandar kuching.
kat sini aku cerita harga bukan sebab nak menunjuk tapi nak bagi korang gambaran if korang datang sini berapa nak bajet. apa nak beli. sebab aku selalu macam tu. suka buat bajet. hopefully ini dapat membantu korang. setakat mana aku mampu. nak guide dari segi jalan aku tak tahu sebab aku pun orang bawak. nama kedai lagi la aku tak tahu sebab tak amek tahu.

sebelum tutup cerita aku nak cerita pasal makanan pulak. kat sana memang susah nak carik makanan halal dan makanan pure melayu untuk tekak semenanjung apatah lagi nasi dagang atau nasi kerabu. kat sini majority citizen dia chinese. so u can imagine how hard kan. pada dorang no pork no lard. dalam kedai makan chinese ada muslim food. memang susah. kalau yang nak makan luar tu aku syor kan SCR Restaurant  dengan RJ Ayam Penyet kat bandar Kuching. korang boleh google dua restoran ni. recomended la. kat kedai ayam penyet tu baru la korang boleh rasa pedas sikit macam makan kat semenanjung. baru ada selera. 
last but not least, aku tak lupa juga nak rasa makanan paling famous kat sarawak. laksa sarawak dan mee kolok. just be honest, to be save kitorang pilih mee kolok di setiap kedai kitorang pegi and rasa dia pun boleh terima n lebih kurang macam mee sup macam tu tapi lagi tastylah. tak jauh beza d setiap kedai rasa mee kolok nih.. 
ni mee kolok. dia makan dengan sup and kicap dia.
tak pedas and sedap.
masa ni kitorang makan kat foodcourt dekat Kubah Ria.


ni pisang cheese
ni tak silap aku makanan orang indonesia
yang ni versi pisang tu di goreng 
yang sebelum ni aku penah makan kat nilai area Inti kolej.
dia salai or bakar je pisang tu so tak oilly sangat.
both pun layan.

ni memang aku layan abes
makan sorang je kot.
ni nama dia laksa sarawak
aku tak tau nama kedai dia 
tapi dia punya ayam goreng kat laksa tu memang best.

harga bab makan ni aku tak tahu sebab aku tolong bayarkan secara pukal je. tak kira satu-satu.
kalau aku di letakkan ke sarawak ni memang kurus la aku. makanan dia susah nak serasi.
kena pos barang dapur dari semenanjung la jawab nya, confirm teruja aku lebih dahsyat dari kokpin a.k.a fynnjamal. hahaha

okaylah sampai sini je aku menaip. hopefully entry kali ni dapat membantu mereka-mereka yang planning nak ke sarawak tapi clueless pasal enviroment sana. harapnya dapat jugak membantu dari segi bajet korang. tahu dah nak kemana kalau shopping. kalau nak pegi cultural village tu sanggup ke spend Rm60 untuk apa yang ada dalam tu. paling penting kalau nak shopping beringat lah luggage fee yang akan di bayar nanti. jangan dah shopping rasa menyesal pulak sebab nak bawak balik kena bayar lebih untuk barang-barang tuh. jadikan perjalanan percutian korang sebagai ibadah dengan bermusafir untuk melihat ciptaan Allah. inshaALLAH akan di kreditkan pahala untuk setiap langkah itu. selamat bercuti :)


No comments:

Post a Comment

})();