})();

Friday, November 2, 2012

kehilangan seorang lagi Ayah

al-fatihah kepada arwah pak lang cha'a..

untuk kesekian kalinya aq hilang seorang ayah lagi.. walaupun aq tak rapat dgn pak lang mcm dgn pak cik pak cik yg lain tp pak lang dah mcm bapak aq jugak.. seriusly dia baik dia caring dan sgt kebapaan..

arwah meninggal dunia akibat kemalangan , otw nk ke ppd untuk meeting naik moto.. arwah seorang guru besar kat sk inas and arwah jugak sgt active dlm politik.. fyi arwah adalah calon adun johol PRU13 supposedly akan bertanding tak lama lagi.. Allah lebih syg kan SHAHARUDDIN MD ISA.. pak lang tinggal kan mak lang dan 4 org anak.. semoga mereka kuat menghadapi kehilangan ini..

pak lang cha'a anak atok aq yg ke3 dgn arwah wan johol.. second wife atok.. tp lately ni kami both family anak2 wan simpang n ank2 wan johol rapat compared before this.. mula kenal keluarga johol mula2 agak awkward coz dorang agak berbeza sikit dgn family kitorg dr segi pangkat but pak lang la yg menghilangkan rasa awkward tu sikit demi sikit sebab arwah sgt ramah and mudah mesra dgn sesiapa saja apatah lagi kitorg anak buah dia ni.. setiap kali raya family besar simpang mesti akan singgah rumah dia atas bukit.. masakan dia yg paling best daging salai masak lemak cili api dgn pisang.. sedap giler.. at the end arwah n wife dia buka kedai makan kat tampin.. ramai sgt org dtg sebab masakan arwah sgt sedap.. kalau kitorg dtg raya dia mesti layan kitorg mesra sangat and bagi je apa yg kitorg nk.. kalau kitorg balik kampung arwah selalu jugak singgah rumah kitorg.. kalau kitorg bawak turun buah mesti kitorg akan bg arwah bawak balik esp. arwah suka buah cempedak depan uma.. arwah tak pernah merungut atau elak tolong adik beradik dia.. see how kind my pak lang kan??

siapa sangka tahun ni raya terakhir arwah.. dan itu bermakna takkan ada lagi raya bersama arwah.. siapa sangka jugak raya terakhir ni kami tak raya bersama.. keegoan yg menyebabkan penyesalan hari ini.. siapa sangka jugak hari isnin lepas kali terakhir mak bercakap dgn pak lang.. pak lang berusaha sgt nk tolong mak.. siapa sangka usaha dan pertolongan itu adalah untuk terakhir kali nya sebelum pulang pada Allah selama2 nya.. terima kasih pak lang.

malam masa pengebumian arwah talkin yg di bacakan sangat menyentuh hati dan beri kesedaran.. 'dari tanah kau datang kepada tanah kau kembali dari tanah jua kau akan di bangkitkan semula.. duduklah saudara di alam ini (alam barzakh) sehingga kiamat, ketika saudara di datangi mungkar dan nakir jangan lah saudara gentar kerana sesungguhnya mereka juga makhluk Allah'

Allahurobbi saat tu aq sangat tersentuh dan tersedar bahawa pak lang cha'a aq dah tak de.. pergi buat selama nye.. pergi dlu ke alam yg pasti.. kini benar2 terputus hubungan saudara adam ini.. pak lang hanya tinggal nama.. nama nya hanya akan d sebut2 kerana amal jariah nyesebagai seorang guru sebagai seorang wakil rakyat kerana kebaikan nya membantu keluarga membantu rakyat yg memerlukan dan mengambil berat 'kediaman' ahli kubur .. siapa lah yg akan mengambil tugas arwah mengemas tanah perkuburan arwah atok yg juga 'rumah' arwah kini??

"ya Allah semoga Kau merahmati roh shaharuddin bin hj md isa, Kau tempatkan lah dia d kalangan orang yg beriman dan lindungi dia dari azab kubur dan azab api neraka"  amiinn.

#kawan-kawan, mohon doakan arwah sedekah kan al-fatihah untuk arwah pak lang.

No comments:

Post a Comment

})();