})();

Tuesday, October 30, 2012

sikit sama sikit

sikit sama sikit banyak sama banyak.. dlu kecik2 selalu dengar mak abah ckp mcm ni lagi2 lau yg adik beradik ramai tu..  kecik2 kita dah di latih untuk berkongsi.. alhamdulillah.. mula2 berkongsi dgn adik beradik bila dah besar kongsi dgn kawan2 housemate roomate and bila dah ada duit sendiri bole berkongsi dgn lebih ramai org bukan setakat dgn org yg dekat dgn kita je.. kalau dalam islam berkongsi ni lebih dekat dgn konsep bersedekah.. Alhamdulillah.. kecik2 kita dah bersedekah dgn apa yg ada walaupun masih bergantung dn mak abah.. contoh nye macam makan tu kita share dgn kakak and abang kita, bg kawan kita pinjam pensil ke kaler luna ke.. tu pun kira bersedekah jugak... hasil didikan yg baik insyaAllah sampai bila2 akan d praktis kan..

Rasulullah bersabda : 

"Sesungguhnya Allah berfirman kepadaku:"Nafkahkanlah hartamu nanti Aku akan memberi pula kepadamu!"

suka aq dengar sabda Rasulullah S.A.W ni :

"Tangan kanan (sumber pemberi ) Allah selalu penuh, selalu mengalir,
tiada berkurang baik siang atau malam.
Tidakkah kamu ketahui apa yang dinafkahkan Allah semenjak
Dia menjadikan langit dan bumi, sesungguhnya tidak kurang apa
yang ditangan Allah (sumber pemberian). Singgahsana Allah di atas air.
Di tanganNya yang sebelah menahan pemberian , meninggikan dan merendahkan."
~Hadis sahih riwayat Muslim~


seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. katanya :
"Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam Islam?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Mendermakan makanan dan memberi salam kepada
orang yang engkau kenal dan belum engkau kenal"
~Hadis sahih riwayat Muslim~


in reality nye, selalu jugak aq tengok sendiri dan secara tak langsung d didik untuk bersedekah.. sorang hamba Allah yg tak pernah kira sikit ke banyak ke duit dia.. cukup ke tak ke nak belanja sampai hujung bulan.. selagi dia ada dan mampu dia akan bagi dekat org yg memerlukan.. sikit sama sikit.. bila aq tanye ckup ke duit tu kalau bagi kat org dia kata duit boleh carik.. sedekah la selagi ada dan dia selalu ingatkan aq sedekah la walau pun sikit tapi berterusan jgn rsau kalau org tu menipu ke apa..itu urusan dia dgn Allah, kita ni buatlah apa yg Allah suka... alhamdulillah aq masih ingat sampai sekarang.. dia (hamba Allah yg d cerita kan)  akan mengutamakan adik beradik dia.. kalau dengar je adik dia tak makan ke xde duit ke kalau dalam poket dia ada rm50 dia akan bg rm10 ke rm20 ke kat adik dia tu.. kalau tak pun dia mesti singgah uma hantar makanan.. tak banyak sikit asal kan ada.. dalam surah al-Rum ada sebut :

37:  Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) dan menyempitkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang beriman.
38: Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, dan orang miskin dan ibnu’l-sabil (orang yang dalam perjalanan). Itulah yang lebih baik bagi orang yang menghendaki wajah Allah, dan mereka itulah orang beruntung. 

dalam sedar tak sedar hamba Allah ni dah melaksanakan apa yang Allah sampaikan dalam Quran.. setiap apa yg hamba Allah ni pesan dan cakap aq tak kan lupakan.. bonus pada aq sbb dapat contoh terdekat.. semoga Allah buka pintu hati aq ni untuk ikut jejak langkah hamba Allah ni.. insyaAllah bila aq dah tak mampu dan tak berdaya tiba masa pulang ke Pemilik Abadi nanti, ini lah antara bekalan yg aq akan bawa.. insyaAllah..

untuk jadi ahli sedekah ni kena la praktis awal2 dari sekarang bukan dah kaya baru nk bersedekah kan.. ada seringgit baki duit balance belanje sekolah mak bagi tu kita masuk dalam tabung surau sekolah.. seposen doposen pun okay.. yg sikit tu kita besar kan dengan meluaskan nikmat nye berkongsi dgn orang lain.. Allah pandang walaupun pada orang lain seposen tu berapa la sangat kan.. pandangan Allah tu yg penting org nk ckap apa lantak p lah at least kita ada effort kan... kalau kita ni memang dah tak mampu sangat tak de pape pada kita tenaga pun paras lampu merah lemah nye bersedekah la hanya dgn senyuman.. *pemurah kan Allah, kita senyum pun dapat pahala tau... 

sama2 la kita usaha jadi ahli sedekah dengan segala pinjaman Allah yg sementara ni.. hidup jgn kedekut sgt sebab harta tu Allah punya kalau Allah marah kat kita Allah boleh tarik semua dalam sekelip mata je tau.. yang kaya tu jangan sombong sebab hidup ni bagaikan roda, berputar.. tak mustahil esok lusa kita ada kat bawah merasa apa yg orang miskin rasa, that time what u give u will get it back la.. biar miskin harta jgn miskin budi bahasa la lau orang dolu2 kata.. hehe

semoga kita dapat beramal bersama yer.. ingatkan saya bila saya terlupa :-)



2 comments:

})();