})();

Monday, April 29, 2013

destinasi makaann!!

alhamdulillah masih di beri peluang utk menikmati nikmat Allah S.W.T. alhamdulillah ya Allah.
hokayy everybody, utk entry kali ni aq nak share destinasi makan aq selama beberapa minggu ni. almaklum la dah jadi penganggur dan suri rumah sepenuh masa ni mmg weekend rasa nak berjalan je kann. moh kita memendekkan cerita :>

destinasi pertama :

CENDOL BAKAR KUALA SELANGOR
pastinye ramai yg dah tahu pasal kedai ni kann.. almaklum la femes gitew masuk tv.. hehe. whatsoever la kan, sebagai food hunter yg baru mahu memulakan careernye bedah n the gang pun harus la memastikan betol ke sedap cendol nih.. utk pengetahuan korang ni la aq rasa satu2 nye kedai makan biasa2 atau orang kata kedai lepak tepi jalan yg ada drive thru. rasa mcm waaaa.. hehe. seriusly kedai dia agak besar compare to stall cendol yg biasa aq pegi. customer boleh duduk makan kat situ di bawah pondok atap rumbia. masa kitorang sampai kedai tu penuh so tidak la kami makan di situ. pada yg tak makan cendol atau sambil pekena cendol nak kunyah2 jugak dun worry kat situ ada jgak stall2 makanan lain aq tak sure ada apa sebab aq tak dapat usha sgt stall2 tu bahagian dalam sikit. yg aq pasti depan kedai cendol ni ada orang jual satay n aiskrim goreng. harga cendol yg d jual kat sini not bad la jugak. bermula dengan harga RM2 iaitu cendol VIP. macam mana dia amek order utk drive thru? masa kitorang que tu, ada seorang adik kecik datang amek order kat kereta n sementara tunggu kereta depan dapat order dia siap kan order kitorang n sampai kan kaunter tu cash and carry.. cewahh dah mcm econsave dah. haha
sedap ke tidak itu subjective pada aq sebab lain orang lain la lidah nye iye dakk. pada aq tak menepati citarasa aq sgt sebab gula merah yg dia pakai tu ada rasa mcm gula yg d bakar or terbakar idunnow but the taste tu la yg buat cendol tu rasa one kind. tu pada aq la. as for me, cendol yg terbaik masih lagi d juarai oleh cendol abang laksa kedah kat area islamic kitchen kat bangi and mamak kat bustand pilah n pasar besar pilah. betol2 holiawww. eh. haha.

wajah teruja dengan cendol bakar :P


senarai menu and harga cendol bakar :)


ha ni la pondok atap rumbia tuh nice rite? heee


makaseh atas service nya :)


destinasi kedua:

AL-SINNI BANGI
siapa pernah pegi tempat ni? ha aq pun sebenarnye baru pertama kali pegi.. tu pun sebab orang belanjew. nak mengharapkan duit poket sendiri memang makan asap jelee. hehe. thank you abg Han (insha Allah future husband kakakku) sebab belanje saya makan :) excited jugak sebab selama ni lalu pandang je kedai ni sebab kedai ni agak terpencil sikit kat tepi jalan tuh. kedai ni baru buka, Al-Sinni ni kedai makan steamboat chinese muslim. owner dia suami isteri yg sgt friendly with their customer. ilooike. husband dia chinese n wife dia mcm arab2 sikit. and anak dia superb cantik. hehe. kedai ni sama je macam kedai steamboat lain tapi dia tak la nampak macam kedai yg mewah mcmbias kita tgk kat keyel or other urban area. kedai ni baru nak membangun. agak ramai jgak la customer kat kedai tu walaupun baru. seperti biasa kalau steamboat style mesti la banyak giler pilihan makanan. semua sedap. sebenarnye aq ni tak berapa sangat dgn steamboat sebab saya tak makan seafood hehee. but dun worry for those yg tak makan makanan laut kat sinni ada jugak makanan darat macam daging, ayam, kambing spegati, nasi goreng and salad. okay harga dia RM25 per person. worth it la. apapun tokey dia memang terbaik la. hantar customer sampai ke kereta tawww.. sangat friendly :)


try jenguk meh :)



terima kasih incik google :)


destinasi ketiga:

GORENG PISANG AND LAKSA SHAH ALAM

aq rasa semua orang dah tersedia tahu kat shah alam ni ada banyak stall jual goreng pisang..hehe. tapi yg terbaik adalah goreng pisang dekat area KTM SHAH ALAM. sedap giler kalau nak try kena ada kesabaran yg menggunung sebab memang kebiasaan nye anda akan kena beratur. haisshh. tak tergambo dgn kata2 la. harga? standard market price la.. depan je stall goreng pisang ni ada orang jual laksa pun sodap jugak. den dah try dah. memang menyengat d lidah raso ea. dengar citer untuk dapat kan semangkuk laksa ni pun kena beratur jugak. tp berbaloi la sebab sedap macam mak buat kat umah.. hehe. tapi laksa ni takde tempat nk lepak ddk makan kat situ, so kami pun makan la dalam kereta. gerenti sodap !



both pic from Incik Google :)

destinasi keempat:

PUTU PIRING AND PUTU BAMBU BANDAR BARU BANGI

haa.. kali ni kedai biasa je. betul2 tepi jalan. putu piring ni aq pertama kali aq rasa kawan aq suggest kat kitorang. sedap dan murah. satu polisterin ada 5keping kot RM2.50. kalau sesapa rasa mahal pun ianya tetap berbaloi-baloi. stall ni dekat area cool blog BBB ada satu simpang yg nk ke jalan dalam tu. betul2 kat tepi tu je. try laa okay :)


putu bambu tersedap di abad ini pada aq n so far kakak n sahabat2 saya pun kata sedap adalah putu bambu pandan bb. sedap gilos.. arrgh rasa nak balik bangi sekarang. hokay stall dia betul2 tepi jalan dekat dengan shell seksyen 16 bbb. kat area2 pasar tu. jangan pegi carik putu ni memalam or pagi sebab dia buka tengahari nk ke petang sahaja. harga dia pun RM2.50. feeling abes kalau makan benda alah nih. hahaha. sebelum g exam sesuai makan putu nih. release tension. 


yang terakhir:




haa utk yg terakhir ni.. ni adalah destinasi yg tak pasti.. hehe sebab kakak aq beli produk ni kat opis dia. satu paket RM5. keropok lekor terengganu. yeah inuw keropok lekor bersepah kat malaysia ni but this one kita boleh simpan kat fridge bila lapar goreng or bila tetamu tak d undang datang mungkin ni penyelamat nye. hehe. takdelah. keropok lekor ni serius sedap pada aq. siapa penah mkan n suke lekoleko mesti suke dgn muslim product ni sebab rasa dia sama dgn lekoleko blackpaper. fyi dia ada 2 jenis kakak aq ckp satu original satu blackpaper. dalam paket ni dah siap2 dengan sos dia sekali. bila dah d goreng serius aq tak tipu keropok ni sgt rangup n lembut je tak liat or keras yg boleh menyebabkan gg tercabut or patah. hehe. so jgn rsau. so try la carik n risik2 kat kengkawan korang. n lepas baca ni terus google hokay.. 

sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. ada salah silap maaf ye or tersalah info maaf kan yer.. 
SOKONG LAH MUSLIM PRODUK, D YAKINI HALAL DAN BANTU LAH SAUDARA KITA :)


No comments:

Post a Comment

})();