})();

Saturday, May 19, 2012

Aku juga Seperti Mu



jangan persoalkan mengapa aq begini dan begitu
kerana aq juga seperti mu
melalui proses kehidupan untuk mengajar aq erti kehidupan
untuk melihat kehidupan yg lebih baik utk hari mendatang
sebaliknya ayuh bersama ku mencari solusi bagaimana hendak menjadi begitu

jangan hanya melihat pada kesalahan ku dan terus menyalahkan 
kerana aq juga seperti mu
manusia biasa yg tidak punya sifat maksum
sebaliknya lihat lah  kesalahan itu sebagai pengajaran dan peringatan pada diri ku dan diri mu

jangan memandang sinis pada aq bila aq ingin melakukan kebaikan
kerana aq juga seperti mu
inginkan pola hidup yg lebih baik dan menjadi yg terbaik
sebaliknya marilah bersama dengan ku ke arah itu 
setidak-tidaknya senyuman cukup sebagai sokongan untuk ku

jangan tuduh aq berlagak pandai menunjuk pada umum
kerana aq juga seperti mu
ingin berkongsi apa yg aq tahu 
sebaliknya pandanglah aq sebagai pencari ilmu
kau dan aq simpan lah ilmu itu dan amalkan selalu




No comments:

Post a Comment

})();