})();

Friday, April 20, 2012

PIECE OF THOUGHT

sampai sekarang aq masih tertanya2
anak muda kat luar sana yg baya2 mcm aq ni
yg rela menjadi aktivis politik
dorang tau ke apa yg dorang perjuangkan?
apa yang dorang laung2 kan?
dorang tau ke sejarah sebenar yg terlakar dlm politik tu sendiri?
dorang tau ke apa yg terbaik untuk negara?

salah ke kalau aq ckp zaman sekarang 
melayu bunuh melayu?
hanya kerana kuasa 
harta 

bg aq kalau berlainan matlamat perjuangan
kenapa tak kita satu kan matlamat tu bergabung sama2 usaha n sepakat capai matlamat tu sama2
xsama dan terpesong?
mungkin itu hanya kepentingan
sejauh mana pun perbezaan 
kita sesama islam dan bangsa yg sama 
bolak balik insyaAllah jmpa persamaan nya
sebb kita satu agama satu bangsa

mungkin bunyi nya mustahil 
tp bak kata wan aq kita yg buat dia bukan dia yg buat kita
kenapa kita saudara islam dan seketurunan x boleh bersatu
kita dah punya akar yg kuat
cuma tinggal nk teguhkan je
kenapa kita beriya demonstrasi bila menang PRU blm tentu dpt kerusi majority
akhirnya bangsa lain yg berkuasa


fitrahnya manusia kalau lebih sikit dr yg lain berlaku penyelewengan
mcm issue yg sllu kuar kt tv tu
jgn asik pndg salah org lain 
tnya pada diri kita sendiri
andai kita di ulit kesenangan dunia?
jd ke kita mcm sekarang?
lg byk nikmat ALLAH beri pd hamba Nya 
lagi besar ujian n dugaan menerjah kita

kenapa kita bersorak menjerit memangkah saudara islam kita buat kesilapan
bukankah tanggungjawab kita membetulkan mana yg salah?
mana ilmu agama n sunnah Nabi yg selama ni kita amalkan?
pesalah tu pasti akan d soal 
dan kita yg terus mempersalahkan tanpa membimbing pesalah memperbetulkan kesilapannya tu xkan d soal ke kelak?
tu blm lagi caci maki hina yg dah terlepas dr mulut kita untuk pesalah dan kumpulannya
ermm
fikir2kan lah
manusia boleh berubah hanya kerana sesuatu perkara yg dia sgt obsesi
berubah yg d maksud kan dr soleh jd agresif

xd niat nk burukkan mana2 pihak
just piece of thought dr saya
kita semua sama je biru ke hijau ke sama je
kita islam
kita melayu
jgn kerana kepentingan dan perbezaan matlamat kita berpecah belah
hingga akhirnya bangsa lain tindas kita
negara yg sepatutnya hak kita atas nama dan kuasa 
jgn bila hak itu hanya pada nama  sahaja baru nk menyesal
apa pun matlamatnya 
kita boleh jadi saling melengkapi
anak melayu perjuangkan hak kita untuk masa depan
bukan perkara yg dah lepas atau sekarang
belajar lah dr kisah nabi dan para sahabat 
asal nama perjuangan 
tak kan lari solusi nya

jgn berkecil hati pd sapa yg terbaca atau ada yg nk sue2 ke
ini hanya la pendapat dr seorang anak muda  
lau yg nk berdebat bab politik
saya xhebat dlm issue politik 
hanya tahu sebagai pengetahuan sahaja..

senyum 
&
renungkan 

      *baca dengan minda yg terbuka :)


1 comment:

  1. hehe..tibe2 rase nk komen =)
    pertama sekali aku nak ucap tahniah sebab menjadi salah seorang masyarakat yg cakna tntg isu2 semasa..sebab x ramai manusia sebaya ko yg amek port tntg perkara ni~

    Cik 'atika, pertama sekali saya nak sebut pasal dasar kedua2 belah pihak berbeza. sorg perjuang BANGSA, sorg lagi perjuang ISLAM.

    Saidina Umar RA pernah berkata,

    “ Dahulunya kita adalah bangsa yang hina, kemudian Allah s.w.t memuliakan kita dengan Islam, jika kita ingin mencari kemulian yang selainnya(Islam), maka Allah s.w.t pasti akan menghina kita. ” ( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala Sahihain )

    maksudnya disitu, bangsa itu xde makna ape pon melainkan dgn ISLAM. Kalau matlamat dan dasar perjuangan dah lain, mana mungkin akan berada dalam bahtera yg sama.

    Kemudian, kalo saudari suruh depa bergabung, sejarah mencatatkan depa pernah bergabung sewaktu zaman 1970-an. Sewaktu itu, keris tgh lemah then keris ajak bulan join masuk dacing. Then, BULAN buat perbincangan yg serius sama ada utk join dacing atau tidak. Akhirnya bulan join dacing.

    Tapi, beberapa tahun kemudian, bulan ditendang keluar dari dacing lepas keris merasakan diorg kembali kuat dan dapat sokongan rakyat.Bulan difitnah ditohmah dgn pelbagai fitnah hingga ada yg syahid sewaktu peristiwa Memali pada tahun 1980-an.

    30 tahun kemudian (lepas PRU-12), selepas dacing hilang byk kerusi, tiba2 pulak keris ajak bulan bersatu balik. Saudari tidak merasakan bahawa yg keris ini hanya menggunakan bulan utk kepentingan politik mereka sahaja?

    Kalau keris benar2 ikhlas, kenapa mereka ajak gabung dgn bulan dan pada waktu yg sama keris wt seminar PAS=Parti Ajaran Sesat di terengganu?

    kalau dorg ckp bulan sesat, awat keris terhegeh2 nk bersatu dgn bulan?

    Ketahuilah, dah banyak harta negara kena rompak oleh pemimpin keris. Rakyat bawahan hidup miskin. Pemimpin atasan semakin kaya. Padahal hasil bumi melambak.tapi dapat dkt kroni2 je.

    sekian~
    Maaf sekiranya ada terguris di hati =)

    ReplyDelete

})();